Site icon TechNave BM

OPPO A93 dilancar di Malaysia: 6 Kamera AI, MediaTek Helio P95, Super AMOLED berharga RM1,299

Terkini, OPPO Malaysia telah melancarkan secara rasmi OPPO A93 di pasaran Malaysia. OPPO A93 hadir dengan beberapa spesifikasi dan tawaran menarik melalui pembeliannya.

OPPO A93 hadir dengan rekaan senipis 7.48mm, seringan 164g sahaja. Lebih menarik, ia hadir dengan kamera berteknologi AI berjumlah enam kesemuanya, bersama spesifikasi skrin Super AMOLED. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah atau di pautan ini.

OPPO A93 turut dilengkapi ciri teknologi lain seperti ciri khas kamera dari OPPO iaitu AI Color Portrait, AI Night Flare Portrait, AI Super Night Portrait dan sebagainya.

OPPO A93 ditawarkan dengan harga RM1,299 di pasaran Malaysia. Ia sudah boleh dipra-tempah sekarang sehingga 10 Oktober 2020 dengan tawaran hadiah percuma termasuklah tawaran baucar potongan harga RM100 untuk ahli ekslusif aplikasi My OPPO App. Untuk jualan, ia mula dijual pada 10 Oktober 2020 secara luar dan dalam talian melalui pengedar sah OPPO.

Untuk pengetahuan anda, terdapat cabaran menari di TikTok untuk peluang anda memenangi hadiah sehingga RM10,000 dan peluang tampil dalam muzik video selebriti Malaysia, Ayda Jebat.

Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version