Pada bulan Oktober lalu, OPPO telah melancarkan OPPO A93 di pasaran Malaysia. OPPO kini mengumumkan bahawa OPPO A93 kini boleh didapati dalam warna Magic Blue yang ditawarkan dengan harga RM1,199.
Sepintas lalu, OPPO A93 Magic Blue hadir dengan janaan cipset MediaTek Helio P95, RAM 8GB + storan 128GB, skrin FHD AMOLED 6.43 inci, enam kamera utama AI 48MP dan dua kamera swafoto 16MP. Terdahulu, ia hadir dengan pilihan warna Metallic White, Matte Black dan kini Magic Blue. Anda boleh menyemak keseluruhan spesifikasinya di pautan ini.
OPPO A93 Magic Blue boleh didapati bermula 12 Disember 2020 di OPPO Official Store, OPPO Official Online Store, pengedar sah OPPO, Lazada dan Shopee pada harga RM1,199.
Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

