Site icon TechNave BM

OPPO A93s 5G dilancar: Dimensity 700, bateri 5,000mAh, skrin 90Hz bermula (~RM1,305)

OPPO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di China iaitu OPPO A93s 5G. Ini adalah varian terbaru untuk OPPO A93 5G yang telah dilancar pada awal tahun ini.

Ia dilengkapi spesifikasi pertengahan yang agak menarik, seperti skrin Full HD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan gamut warna DCI-P3, manakala kamera swafoto 8MP pula berada dalam lubang punch-hole yang berada di bahagian atas kiri skrin.

Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB, storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan microSD dan perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11. Untuk bateri pula, ia mempunyai kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Untuk kamera, ia dilengkapi tiga kamera di belakang dengan kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari dan kameranya menyokong pengimbasan muka sebagai fungsi keselamatan.

Ia akan mula dijual di China bermula 30 Julai pada harga CNY1,999 (~RM1,305), namun setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version