Site icon TechNave BM

OPPO A94 5G dilancar di Eropah, nama lain untuk OPPO Reno5 Z 5G

Pada minggu lalu, OPPO telah melancarkan Reno5 Z 5G di Singapura yang hadir dengan cipset Dimensity 800U. Kini, peranti ini pula telah dilancarkan di Eropah dengan nama OPPO A94 5G. Ia masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama seperti Reno5 Z 5G.

OPPO A94 5G masih dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 800U. Selain itu, ia juga menggunakan skrin 6.43 inci AMOLED FHD+ dengan potongan punch hole untuk kamera swafoto 16MP. Pada bahagian belakang, ia hadir dengan kamera 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Ia juga dilengkapi bateri 4,310mAh dengan pengecasan pantas 30W. Ia menggunakan sistem operasi Android 11 dan antara muka ColorOS 11.1. Untuk ciri keselamatan, ia hadir dengan sensor cap jari dalam skrin.

OPPO A94 5G ditawarkan dengan dua warna iaitu Fluid Black (Hitam) dan Cosmo Blue (Biru). Ia dilengkapi RAM 8GB dan storan 128GB dengan harga serendah €359 (~RM1,775).

Buat masa ini, tiada berita mengenai kemasukan peranti OPPO A94 5G di pasaran Malaysia.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version