Site icon TechNave BM

OPPO A94 dilancar: Helio P95, kamera kuad 48MP, skrin AMOLED 6.43 inci bermula ~RM1,220

OPPO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO A94 yang dilengkapi beberapa spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED 6.43 inci dan empat kamera termasuk kamera utama 48MP. Telefon itu telah pun tertera dalam laman web OPPO Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada harga AED1,099 (~RM1,220).

Daripada segi spesifikasi, OPPO A94 dilengkapi cipset MediaTek Helio P95, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD. Di hadapan, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi Full HD+.

Telefon ini mempunyai empat kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 32MP. Kameranya menyokong pelbagai fungsi menarik seperti rakaman 4K 30fps, rakaman gerak perlahan 120fps 1080p, penstabilan imej elektronik (EIS) dan sokongan mod gelap.

Untuk bateri pula, ia mempunyai kapasiti 4,310mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W. OPPO A94 turut dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin, bicu audio 3.5mm dan ditawarkan dalam warna ungu Fantastic Purple dan hitam Fluid Black.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A94 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO UAE

Exit mobile version