Site icon TechNave BM

OPPO A94 mungkin akan datang tidak lama lagi, lepas pensijilan IMDA

OPPO sedang menghasilkan telefon kelas pertengahan mereka, OPPO A94 yang bakal menggantikan OPPO A93. Berdasarkan sumber terkini, OPPO A94 dilihat telah mendapat pelepasan dari pensijilan IMDA di Singapura.

Penyenaraian OPPO A94 di IMDA menunjukkan bahawa peranti ini hadir dengan nombor model CPH2203 dan ianya adalah telefon LTE yang menyokong GPS serta Bluetooth. Malangnya, spesifikasi lain peranti ini tidak ditunjukkan.

Sebelum ini, telefon dengan nombor model yang hampir sama, CPH2205 telah dikesan di FCC. Telefon ini berkemungkinan adalah telefon sama dengan nombor model negara yang berbeza.

Lukisan skematik OPPO CPH2205 yang dikesan di FCC

Jika dilihat pada spesifikasi peranti CPH2205, ia hadir dengan dimensi 160.1 x 73.32mm bersama skrin 6.2 inci. Peranti ini juga dikhabarkan akan hadir dengan kamera utama 48MP bersama sensor cap jari pada sisinya.

OPPO CPH2205 dijangka akan datang dengan ColorOS 11.1 atas Android 11. Ia juga bakal dilengkapi bateri 4,310mAh.

Namun, perlu diingatkan, peranti CPH2203 yang dikesan di IMDA mungkin tidak mempunyai kaitan dengan peranti CPH2204 dari FCC.

Nantikan berita lanjut mengenai OPPO A94 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version