Site icon TechNave BM

OPPO A95 dapat pengiktirafan Geekbench, miliki Snapdragon 662 dan RAM 8GB

Setelah pelancaran OPPO A56 5G pada hari semalam di China, OPPO kini mendedahkan pengeluaran telefon pintar siri-A iaitu OPPO A95. Ia menyokong varian 4G seperti dalam senarai Geekbench dan memiliki RAM 8GB. Tiada sebarang maklumat mengenai pengeluarannya tetapi kami menjangka ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ia melepasi aras Geekbench dengan menggunakan Qualcomm Snapdragon 662 SoC. Geekbench mengesahkan Adreno 610 GPU dan kelajuan clock speed maksimum 2.0Ghz. Ia turut dikatakan bakal menggunakan Android 12 tetapi bukanlah dalam masa terdekat. Peranti ini mendapat 312 mata dalam ujian teras tunggal dan 1,274 dalam berbilang teras.

Abishek Yadav telah mendedahkan beberapa spesifikasi OPPO A95 seperti berikut:

Selain itu, ia dilengkapi dengan skrin FHD+ AMOLED 6.43 inci, penyegaran semula 90Hz dan nisbah aspek 20:9. Namun begitu, terdapat ketidakpadanan mengenai baterinya. Baterinya adalah 4,880mAh dan bukannya 5,00mAh. OPPO mungkin akan lebih fokus untuk 5,000mAh untuk tujuan pemasaran. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version