Site icon TechNave BM

OPPO A95 dilancar di Malaysia: AMOLED 6.43 inci, bateri 5,000mAh, cas pantas 33W berharga RM1,099

Pada hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO A95. Ia dilengkapi beberapa spesifikasi menarik untuk peranti kategori ini seperti cipset Qualcomm Snapdragon 662, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

OPPO A95 mempunyai reka bentuk OPPO Glow yang menampilkan sudahan matte dengan corak berkilauan, membuatkannya sukar untuk meninggalkan kesan cap jari atau kesan calar. Di hadapan, ia mempunyai skrin berukuran 6.43 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.8% dan resolusi Full HD+.

Baterinya yang mempunyai kapasiti besar 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 33W Flash Charge di mana OPPO mengatakan boleh mengecas penuh dalam masa 72 minit. Baterinya mempunyai fungsi Battery Guard di mana jika ia dicas sewaktu anda tidur pada waktu malam, ia hanya akan mengecas sehingga 80% manakala baki 20% akan dicas pada waktu 60 minit sebelum anda bangun.

Daripada segi memori, ia mempunyai storan dalaman 128GB dan RAM 8GB yang boleh dibesarkan dengan fungsi RAM Expansion sebanyak 5GB.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A95:

Pelanggan boleh buat pra-tempahan untuk OPPO A95 pada 15 hingga 19 November 2021. Setiap pra-tempahan layak untuk mendapatkan fon telinga wayarles Enco Buds dengan harga RM1 sahaja (harga asal (RM159). Pra-tempahan boleh dibuat di laman web OPPO, Shopee, Lazada, Astro GO Shop atau mana-mana pengedar sah.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli OPPO A95 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version