Site icon TechNave BM

OPPO A96 akan dilancar di Malaysia pada 18 April 2022

OPPO Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO A96 pada hari Isnin, 18 April 2022 jam 12:30 tengah hari.

Telefon itu akan dilancarkan dalam sebuah siaran langsung dalam talian yang diacarakan oleh pelakon terkenal Nabil Ahmad. OPPO Malaysia tidak menyatakan spesifikasi untuk OPPO A96, namun ia dipasarkan dengan slogan “Double The Storage, Double The Joy” yang mungkin menunjukkan bahawa telefon ini mempunyai storan dalaman yang besar.

Sebelum ini, ia telah pun dilancarkan untuk pasaran antarabangsa di mana ia dilengkapi skrin LCD 6.69 inci dengan resolusi FullHD+ dan kadar 90Hz, cipset Snapdragon 680, RAM 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W, kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Anda boleh tonton pelancaran tersebut di laman YouTube atau Facebook OPPO Malaysia. Selain itu, anda juga boleh menyertai cabutan bertuah dalam siaran tersebut dan enam pemenang akan membawa pulang OPPO A96.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A96 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version