OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa peranti baharu OPPO A96 akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebagai ahli terbaharu siri OPPO A, OPPO A96 padat dengan siri inovasi dalam perkakasan serta perisian dengan menggabungkan prestasi kecekapan tinggi dan reka bentuk yang menarik perhatian untuk memenuhi pelbagai keperluan harian.
OPPO A96 hadir dengan RAM 8GB dan storan 256GB ROM bersama teknologi pengembangan RAM sehingga 5GB menjadikannya model siri A pertama mempunyai kapasiti storan yang besar. Peranti ini dilengkapi dengan bateri 5000mAh dan pengecasan 33W SUPERVOOCTM.
Prapesanan akan bermula tidak lama lagi dan terdapat beberapa ganjaran hebat sehingga RM947 apabila anda membelinya dalam tempoh terhad. Pelanggan yang membuat pra-pesanan OPPO A96 layak untuk membeli OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2 dengan diskaun 50% selain menerima kotak hadiah percuma, rebat tunai, baucar, ganjaran eksklusif untuk Ahli OPPO dan banyak lagi.
Jadi antara yang pertama di Malaysia menjadikan OPPO A96 milik anda apabila ia tersedia untuk pra-pesanan! Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran dan kempen pra-pesanan OPPO A96 di Facebook rasmi OPPO Malaysia.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: 91Mobiles

