Site icon TechNave BM

OPPO A96 dilancar di Malaysia: Skrin 6.59″ 90Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 33W berharga RM1,299

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu OPPO A96. Antara ciri menarik pada telefon ini adalah skrin dengan kadar segar semula 90Hz, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

Dengan slogan “Gandakan Storan, Gandakan Kegembiraan”, OPPO A96 menawarkan kapasiti storan dalaman 256GB dan RAM 8GB yang boleh dibesarkan dengan fungsi RAM Expansion sebanyak 5GB, menjadikan RAM keseluruhan sebanyak 13GB.

Skrin OPPO A96 pula mempunyai panel LCD dengan gamut warna NTSC 96%, DCI-P3 100% dan Adaptive Refresh Rate untuk melaraskan kadar segar semula mengikut kandungan yang dipaparkan agar bateri boleh dijimatkan. Rekaan telefon ini dibuat dengan OPPO Glow Design yang tidak meninggalkan kesan cap jari dan ditawarkan dalam pilihan warna Starry Black atau Pearl Pink.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO A96:

Pra-tempahan untuk OPPO A96 akan dibuka bermula hari ini sehingga 22 April 2022. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM947. Selain itu, OPPO turut menganjurkan Cabaran Menggandakan Sambutanmu di media sosial sehingga 9 Mei 2022, di mana dua pemenang bertuah akan memenangi OPPO A96 dan hadiah lain bernilai RM7,000.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang OPPO A96. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version