Site icon TechNave BM

OPPO A97 5G dilancar: Dimensity 810, RAM 12GB dan skrin 6.56″ 90Hz berharga ~RM1,318

OPPO telah melancarkan telefon pintar mesra bajet baharu di China yang menggunakan nama OPPO A97 5G. Beberapa butiran telefon ini telah pun keluar minggu lepas melalui pengacah dan ketirisan maklumat.

OPPO A97 5G tersedia secara rasmi pada platform e-dagang OPPO. Ia dilengkapi dengan cipset Dimensity 810, RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. OPPO A97 5G mempunyai berat 188 gram dan saiz badan berukuran 163.8×75.1×7.99mm.

Ia menggunakan skrin 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz beresolusi 2408×1080 dan menawarkan dua warna iaitu hitam dan biru. Daripada segi konfigurasi, OPPO A97 5G dilengkapi dengan cipset Dimensity 810, bateri 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 33W, pembesar suara dwi stereo, bicu fon kepala 3.5mm dan sambungan USB-C.

Daripada segi kamera, OPPO A97 mempunyai kamera swafoto 8MP dan kamera belakang 48MP + 2MP dengan harga 1999 yuan (~RM1,318). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version