Seperti dalam artikel sebelum ini, OPPO A98 5G akan dilancarkan di Malaysia dan kini tarikh pelancarannya telah diumumkan iaitu pada 15 Mei ini, jam 12.30 tengahari. Bagi mereka yang berminat, anda boleh tontonnya secara strim langung di Facebook atau TikTok OPPO Malaysia.
OPPO A98 5G menampilkan pengecasan SUPERVOOC 67W dengan bateri 5,000mAh dan paparan kadar penyegaran semula 120Hz. Spesifikasi yang lain pasti didedahkan menjelang pelacarannya nanti.
Dalam pada itu, OPPO akan memulakan peraduan A-Volusi Power OPPO A98 5G yang berlangsung dari 8 hingga 26 Mei 2023 di mana peserta berpeluang membawa pulang hadiah menarik. Anda hanya perlu pergi ke siaran peraduan di Facebook atau Twitter OPPO Malaysia dan jawab soalan di ruangan komen bersama hashtag #OPPOA98_5G #AvolusiKualitiUntukSemua.
Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan OPPO A98 5G di laman web rasmi OPPO di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

