Site icon TechNave BM

OPPO A98 5G bakal dilancar di Malaysia: Pengecasan 67W, bateri 5,000mAh dan skrin 120Hz

OPPO Malaysia mengumumkan bahawa OPPO A98 5G akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan gabungan prestasi dan ketahanan yang lebih baik.

OPPO A98 5G menampilkan pengecasan SUPERVOOC 67W dengan bateri 5,000mAh dan paparan kadar penyegaran semula 120Hz. Spesifikasi yang lain pasti didedahkan menjelang pelacarannya nanti.

Dalam pada itu, OPPO akan memulakan peraduan A-Volusi Power OPPO A98 5G yang berlangsung dari 8 hingga 26 Mei 2023 di mana peserta berpeluang membawa pulang hadiah menarik. Anda hanya perlu pergi ke siaran peraduan di Facebook atau Twitter OPPO Malaysia dan jawab soalan di ruangan komen bersama hashtag #OPPOA98_5G #AvolusiKualitiUntukSemua. 

Berikut merupakan tempoh dan soalan peraduan:

Tempoh PeraduanSoalanHadiah
8 – 12 MeiTeka bateri dan teknologi pengecasan pantas SUPERVOOC OPPO A98 5G1x OPPO Watch percuma bernilai RM449
15 – 19 MeiTeka saiz skrin dan kadar penyegaran OPPO A98 5G1x OPPO Band bernilai RM159
22 – 26 MeiTeka subjek yang digunakan dalam kanta mikro 40x dalam OPPO A98 5G1x OPPO Band bernilai RM159 

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan OPPO A98 5G di laman web rasmi OPPO di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version