Site icon TechNave BM

OPPO A98 5G dilancar di Malaysia: SD 695, skrin 6.72″, RAM 16GB dan pengecasan 67W berharga RM1,399

Hari ini, OPPO A98 5G telah dilancarkan secara strim langsung di Facebook dan TikTok akaun rasmi OPPO Malaysia. A98 5G direka dengan teknologi OPPO Glow di bahagian belakang telefon. Ia memberikan kesan berkilau tanpa tinggalkan kesan cap jari.

Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 695 5G, RAM 8GB dengan penambahan RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB dengan kad mikroSD. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13.

Seperti yang diiklankan, telefon ini mempunyai bateri 5,000mAh menyokong pengecasan SUPERVOOC 67W di mana pengecasan selama 18 minit mampu meningkatkan kuasa bateri ke 50% dan enam jam panggilan suara. Kuasa bateri 100% pula boleh bertahan panggilan video selama 16 jam.

Paparannya berukuran 6.72 inci yang menyokong kadar segar semula ultra-tinggi 120Hz. Selain itu, ia mempunyai resolusi FHD+ (2400×1080), nisbah skrin ke badan 91.4%, warna gamut 100% DCI-P3 dan kecerahan 680 nit.

Dwi-pembesar suara stereo yang terletak masing di bawah dan di atas telefon. Untuk meningkatkan kejelasan audio, anda boleh meningkatkan audio dengan mod kelantangan ultra iaitu sehingga kelantangan 200%.

Di bahagian belakangnya terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera AI 64MP makro, kedalaman 2MP dan lensa makro 40x manakala di hadapannya terdapat kamera swafoto 32MP. Peranti ini boleh didapati di kedai fizikal rasmi dan kedai dalam talian rasmi OPPO pada harga RM1,399.

Di bawah merupakan spesifikasi ringkas OPPO A98 5G:

Anda boleh melakukan pra-tempah mula 15 hingga 18 Mei 2023 sambil menerima hadiah percuma bernilai RM377 termasuk OPPO band, TWS Earbuds dan jaminan 1+1 tahun. Bagi ahli My OPPO yang membeli OPPO A98 5G, anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian di Baskin Robbin, Secret Recipe dan ZUS Coffee.

Pembelian pada 19 Mei pula akan memberikan anda hadiah percuma termasuk TWS Earbuds dan jaminan 1+1 tahun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version