Site icon TechNave BM

OPPO Ace2 dilancarkan: Pengecasan pantas 65W dan 40W (wayarles) bermula dengan harga ~RM2,445

Setelah pelbagai khabar angin telah digembar-gemburkan mengenai peranti ini, OPPO akhirnya melancarkan OPPO Ace2 di China dengan pelbagai spesifikasi teknologi yang menonjol. Tergolong dalam salah satu daripada peranti dengan cipset Qualcomm terkini Snapdragon 865, anda pasti tertanya-tanya apakah yang dijanjikan oleh OPPO untuk keluaran kali ini.

Antara spesifikasi menarik adalah sokongan pengecasan pantas berwayar 65W dan pengecasan pantas wayarles 40W. Peranti dengan paparan AMOLED 6.5 inci beresolusi 1080 x 2400 ini seberat 185g sahaja! Ia turut dihuni kadar segar semula sehingga 90Hz untuk menyokong pengalaman gaming yang lancar dengan sokongan Hyper Boost 3.0. Semak spesifikasi penting di bawah atau klik pada capaian ini untuk spesifikasi menyeluruh.

OPPO Ace2 mempunyai beberapa varian. Varian RAM 8GB + ROM 128GB berharga 3999 Yuan (lebih kurang ~RM2,445), RAM 8GB + ROM 256GB berharga 4399 Yuan (lebih kurang ~RM2,690) dan varian RAM 12GB + ROM 256GB berharga 4599 Yuan (lebih kurang ~RM2,812).

Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai harga atau tarikh pelancaraan OPPO Ace2 di Malaysia. Adakah anda berminat dengan telefon pintar ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version