Site icon TechNave BM

OPPO akan lancarkan beberapa gajet edisi khas Detective Conan

Pada 28 Julai, OPPO bakal melancarkan beberapa peranti elektronik edisi khas yang bertemakan watak anime popular dari Jepun iaitu Detective Conan. Buat masa ini, OPPO telah mengesahkan bahawa OPPO Reno6 Pro+ edisi khas bakal dilancarkan dengan tema watak tersebut.

Menurut poster untuk Reno6 Pro+ itu, ia akan dilengkapi sarung khas berwarna merka bersama tali lanyard yang diikatkan dengan sebuah mainan kecil. Ia akan dijual untuk pasaran China dalam laman web JD.com dan Tmall.

Walau bagaimanapun, pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station mengatakan OPPO akan turut melancarkan fon telinga wayarles Enco Free2 dan jam tangan OPPO Watch 2 yang dihiasi tema Detective Conan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version