Site icon TechNave BM

OPPO akan lancarkan sistem operasi ColorOS 12 pada 11 Oktober 2021

OPPO bakal melancarkan sistem operasi telefon pintar terbaharu, ColorOS 12, pada hari Isnin, 11 Oktober 2021 jam 5:00 petang. Sistem operasi tersebut dibina berdasarkan Android 12 dan bakal menjadi antara sistem operasi terawal yang dilengkapi perisian Google itu.

OPPO juga akan memperkenalkan polisi kemas kini yang baru, di mana siri telefon pintar andalan OPPO Find X akan menerima sekurang-kurangnya tiga kemas kini Android utama. Untuk siri OPPO Reno F dan Reno K serta beberapa model OPPO A, telefon itu akan menerima kemas kini Android utama selama dua tahun.

Untuk kemas kini keselamatan pula, OPPO Find X, Reno F dan Reno K akan menerimanya selama empat tahun manakala OPPO A akan menerimanya selama tiga tahun.

Pelancaran ColorOS 12 akan disiarkan secara langsung di YouTube. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version