Site icon TechNave BM

OPPO akan lancarkan teknologi pengecasan pantas 125W Super Flash Charge pada 15 Julai ini

Pada waktu artikel ini ditulis, teknologi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 oleh OPPO adalah pengecasan telefon terpantas yang dibina oleh syarikat tersebut. Kini, OPPO mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan teknologi pengecasan yang lebih pantas pada Rabu, 15 Julai ini di China.

Teknologi tersebut adalah 125W Super Flash Charge. Setakat ini tiada butiran awal mengenai teknologi ini atau telefon yang akan melengkapinya. Sebelum ini, OPPO Reno Ace adalah telefon pertama yang dilengkapi pengecasan 65W SuperVOOC 2.0, jadi mungkin siri Reno seterusnya akan menjadi telefon pertama yang dilengkapi teknologi pengecasan 125W ini.

Sebelum ini terdapat berita mengatakan OPPO sedang membangunkan pengecasan SuperVOOC 3.0 yang boleh mencapai kadar 80W, namun setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang teknologi ini.

Adakah anda ingin memiliki peranti OPPO dengan teknologi baru ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter OPPO

Exit mobile version