Site icon TechNave BM

OPPO akan lancarkan telefon dengan cipset Dimensity 810 tidak lama lagi

MediaTek belum mengumumkan cip pemprosesan Dimensity 810 tetapi beberapa jenama pengeluar telefon pintar sudah berbaris untuk melancarkan telefon baharu mereka menggunakan cipset tersebut. Laporan sebelum ini mengatakan bahawa telefon bimbit realme yang mungkin dilancarkan di bawah rangkaian siri V-nya akan menggunakan cipset Dimensity 810.

Menurut pengguna Weibo melalui akaun bernama Arsenal, OPPO mempunyai telefon bimbit Dimensity 810 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Suntingan sumber itu mengatakan bahawa cipset tersebut dijangka mempunyai prestasi sama seperti cipset Kirin 820 dan memiliki panel LCD dengan kadar penyegaran yang tinggi serta kapasiti bateri yang besar.

Suntingan daripada Weibo

MediaTek mempunyai beberapa cipset baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bulan lalu dilaporkan bahawa varian Dimensity 1100 yang disebut Dimensity 1100U akan segera hadir dalam pasaran. Sumber itu mengatakan cipset 6nm sudah diuji pada telefon kelas pertengahan tetapi identiti pengeluarnya masih belum diketahui.

Kami menjangkakan cip pemprosesan Dimensity 810 dan telefon pintar baharu akan tiba bulan ini.

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version