Site icon TechNave BM

OPPO akan membina cipset tersendiri dengan bantuan realme dan OnePlus

Mungkin ramai telah mendengar berita Apple merancang untuk membuat modem 5G tersendiri pada masa akan datang. Syarikat itu berkemungkinan tidak akan bergantung pada Qualcomm lagi untuk menyokong peranti 5G mereka selepas kontrak berakhir.

Kini, kes yang sama berlaku kepada jenama OPPO juga. Daripada modem 5G, pengeluar telefon pintar menuju ke sesuatu yang lebih besar iaitu mengembangkan cipset telefon pintarnya sendiri.

Menurut laporan, syarikat itu sedang mengusahakan rancangan dengan nama kod ‘Mariana Plan’ untuk membina sebuah cipset dalaman. Inisiatif itu juga dikatakan dipimpin oleh jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh bekas pengarah teknikal di Qualcomm. Jurutera realme dan OnePlus juga menyertai rancangan besar itu.

Dengan perang perdagangan yang berlaku sekarang, Huawei telah kehilangan peluang untuk bekerja dengan Qualcomm pada peranti masa depannya. Syarikat itu juga telah beralih kepada reka bentuk dalamannya seperti HiSilicon dan MediaTek untuk menyokong produk mereka sendiri.

Sekiranya OPPO dipengaruhi oleh isu yang sama, mereka tidak akan mempunyai sumber seperti Huawei untuk meneruskannya, kerana sebahagian besar OPPO telah bergantung kepada Qualcomm dan tidak mempunyai bahagian SoC custom.

Adakah anda berpuas hati dengan khabar ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version