Site icon TechNave BM

OPPO akan umumkan teknologi pengecasan baru pada 22 Julai

OPPO telah berkongsi satu poster rasmi di Weibo yang menunjukkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah teknologi pengecasan baru pada hari Khamis, 22 Julai. Dalam kapsyen yang disertakan bersama poster tersebut, OPPO menulis, “Dari 22.5W ke 125W, adakah pengecasan telefon pintar masih boleh jadi lebih pantas?”

Ini bakal menjadi teknologi pengecasan terbaru daripada OPPO selepas mereka mengumumkan pengecasan pantas 125W pada tahun lepas yang boleh mengecas penuh bateri berkapasiti 4,000mAh dalam masa 20 minit. Walau bagaimanapun, pengecasan 125W ini masih belum diperkenalkan dalam sebarang telefon OPPO.

Pengumuman OPPO ini mungkin dibuat bagi menyaingi teknologi pengecasan Xiaomi HyperCharge yang diumum pada bulan Mei. Teknologi tersebut menawarkan pengecasan pada kadar 200W dan Xiaomi mengatakan ia boleh mengecas penuh bateri 4,000mAh sepantas lapan minit sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi pengecasan OPPO ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version