Site icon TechNave BM

OPPO bakal lancar kamera bawah skrin generasi kedua pada 4 Ogos ini

Pada tahun 2019 yang lalu, OPPO telah tunjukkan teknologi kamera bawah skrin mereka pada MWC Shanghai 2019 namun sehingga kini tiada lagi berita mengenainya.

Terbaru, presiden OPPO China secara tiba-tiba memberitahu bahawa mereka akan memperkenalkan kamera bawah skrin generasi kedua pada 4 Ogos ini.

Di acara ini, OPPO dikhabarkan akan perkenalkan teknologi yang mengutamakan kelancaran skrin berbanding kualiti imej kamera hadapannya. Selain itu, mereka juga mungkin akan memberi informasi mengenai telefon pintar pertama yang akan menggunakan teknologi ini.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat apa yang OPPO bakal perkenalkan pada 4 Ogos ini.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version