Site icon TechNave BM

OPPO dan vivo mungkin lancarkan telefon dan jam tangan pintar baharu dalam masa terdekat

Terdapat desas desus mengatakan telefon dan jam pintar vivo dan OPPO bakal berada di pasaran pada masa akan datang. Vivo bakal melancarkan model V2156A yang mungkin merupakan vivo Y55S.

Selain itu, terdapat jam pintar vivo yang telah mendapat pengiktirafan Bluetooth SIG yang menyokong rangkaian Bluetooth 5.1 4G dan teknologi eSIM bersama cip eUICC bebas. Sumber turut mengatakan tablet dan jam pintar syarikat ini sedang dalam pengeluaran secara besar-besaran.

Seorang blogger dari Weibo melaporkan bahawa telefon baru dari vivo dan OPPO telah masuk dalam rangkaian. Antaranya adalah OPPO PFCM00 dengan kuasa pengecasan 33W dan vivo V2115A dengan kuasa pengecasan 44W.

Namun, masih tiada sebarang laporan spesifikasi mengenai telefon pintar OPPO. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version