Site icon TechNave BM

OPPO dan Xiaomi menangguhkan acara mereka berikutan pembatalan MWC 2020

Terdahulu, secara rasminya penganjur MWC 2020, GSMA telah membatalkan MWC yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari di Barcelona. Berikutan pembatalan itu, pelbagai jenama telah mula merancang untuk muncul dengan tarikh pelancaran baru.

Terkini, OPPO dan Xiaomi menyatakan tentang penjadualan semula tarikh pelancaran telefon pintar mereka. OPPO menyatakan bahawa mereka akan menjadualkan acara pelancaran global OPPO Find X2 pada 22 Februari.

Xiaomi pula dilaporkan masih menangguhkan pelancaran telefon pintar mereka dan akan memaklumkan perubahannya kemudian. Anda boleh jangkakan perubahan tarikh pelancaran daripada beberapa syarikat selepas ini.

Apa pun, kami akan memaklumkan sebarang perubahan kepada anda dengan kadar yang segera melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda mendapat khabar angin baru? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: cnet

Exit mobile version