Site icon TechNave BM

OPPO dedahkan paten cincin pintar, diserasikan bersama Air Glass

Minggu lepas, OPPO menarik perhatian ramai dengan memperkenalkan OPPO Air Glass baharunya. Kaca pintar monocle (lensa tunggal) adalah salah satu penemuan terbaru syarikat itu ke dalam AR. Tetapi OPPO sedang mengusahakan lebih banyak peranti pintar baharu dan salah satunya ialah cincin pintar.

Menurut ITHome, OPPO baru-baru ini telah memberikan paten untuk cincin pintar. Ia khusus untuk disambungkan bersama cincin pintar dan Air Glass. Daripada penerangan, nampaknya cincin pintar ini boleh diselaraskan dengan OPPO Air Glass dan menyediakan beberapa fungsi tambahan.

Ia juga boleh menjadi salah satu operasi antara muka untuk mengawal kaca pintar melalui gerakan isyarat. Untuk pengetahuan, cincin pintar bukanlah konsep baharu. Oura dan Motiv adalah dua syarikat yang telah membangunkan produk sedemikian. Ia juga berguna kerana cincin pintar lebih selesa dipakai ke mana-mana berbanding jam tangan pintar yang mempunyai saiz lebih besar.

Apakah ciri yang akan OPPO bawakan pada cincin pintar ini dan adakah ia akan tersedia di Malaysia? Semestinya ia akan mengambil masa yang lama sebelum OPPO bersedia untuk melancarkan peranti ini.

Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version