Dalam berita sebelum ini, Tecno telah mempamerkan peranti degan skrin tiga lipatan Phantom Ultimate 2 di YouTube manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perniagaan Pengguna HUAWEI Richard Yu yang menunjukkan beliau sedang memegang peranti tiga lipatan di khalayak ramai.
Kini, giliran OPPO pula untuk memasuki telefon pintar segmen tiga lipatan seperti yang disahkan oleh Pengurus Produk Zhou Yibao pada akaun Weibonya. Atas sebab tertentu, siaran yang beliau kongsi di halamannya telah dialih keluar. Namun, itu tidak dapat menutup dakwaan bahawa OPPO sememangnya sedang mengusahakan telefon tiga lipatan.
Tidak mengejutkan, telefon tiga lipatan OPPO mempunyai dua engsel tetapi dengan paparan hampir tanpa bezel. Penutup belakang dikatakan diperbuat daripada kulit tiruan dan peranti ini berjalan pada ColorOS. Beberapa widget juga boleh dilihat dalam paparan.
Dalam siaran yang dipadamkan, Zhou berkata OPPO telah mengusahakan peranti tiga lipatan selama beberapa tahun dengan banyak reka bentuk konsep. Selain itu, beliau turut mendakwa apabila syarikat itu menyelesaikan beberapa kelemahan, peranti tiga lipatan OPPO ini dirancang untuk dilancarkan secara komersial.
Kita mungkin menyaksikan peranti tiga lipatan dilancarkan pada 2025 dan bermulanya era baharu dalam inovasi telefon pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Authority

