Site icon TechNave BM

OPPO dijangka lancar Find X9 Ultra dengan kamera 200MP

OPPO dijangka melancarkan Find X9 Ultra tidak lama lagi sebagai model ketiga dalam siri Find X9, selepas Find X9 dan Find X9 Pro diperkenalkan bulan lalu. Model Ultra ini akan menjadi telefon fokus penggambaran OPPO dengan khabar angin terbaru dari China menyatakan bahawa ia akan dilengkapi kamera utama 200MP menggunakan sensor Sony IMX09E dan kamera periskop telefoto 3x zoom optikal menggunakan sensor Sony IMX09A.

Selain itu, ia juga dijangka hadir dengan kamera ultra lebar dan satu lagi kamera periskop untuk zum lebih jauh yang dikatakan menawarkan prestasi sangat baik walaupun masih belum diperincikan. Namun, masih tidak jelas sama ada OPPO akan mengekalkan kamera 50MP seperti Find X8 Ultra yang menyokong 6x zum optikal atau menggunakan sensor baharu.

Find X9 Ultra dijangka dilancarkan pada April, setahun selepas pendahulunya. Sementara itu, Find X9s pula akan menjadi peranti andalan skrin kecil OPPO sebagai pengganti Find X8s. Ia dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9500+, skrin 6.3 inci dengan pengimbas cap jari ultrasonik terbina, serta bateri besar 7,000mAh dan dijangka tiba pada bulan Mac.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version