Site icon TechNave BM

OPPO dilapor bakal lancarkan telefon lipat pertamanya November ini

OPPO telah lama dikhabarkan bakal menghasilkan sebuah telefon pintar yang boleh lipat pertamanya dan dijangka tiba tahun ini. Walaupun ia tidak dilancarkan pada penggal pertama 2021 seperti yang dikhabarkan oleh beberapa sumber, nampaknya ia masih dalam landasan untuk dilancarkan secara rasmi sebelum akhir tahun ini.

Menurut khabar angin terbaru, peranti ini dijangka akan diumumkan pada bulan November ini. Ia dikatakan akan mempunyai paparan dalaman boleh lipat 8 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan teknologi LTPO serta dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888.

Walau bagaimanapun, tidak memeranjatkan jika telefon pintar lipat OPPO ini menggunakan tanda harga yang tinggi. Kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada OPPO tentang ketersediaannya untuk pasaran global.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version