Site icon TechNave BM

OPPO Enco X3i dilancar di Malaysia: ANC sehingga 49dB, sokong LHDC 5.0 dan hayat bateri 44 jam berharga RM499

OPPO hari ini melancarkan fon telinga wayarles premium OPPO Enco X3i di Malaysia dengan harga RM499. Tersedia dalam warna biru dan kelabu, ia menampilkan reka bentuk ergonomik, ringan (4.8g setiap fon) dan kalis habuk dan air IP55.

Fon telinga ini dilengkapi pemacu dwi-unit sepaksi dengan tweeter 10.4mm dan woofer 6mm yang menghasilkan bunyi berkualiti tinggi dengan julat frekuensi 15Hz-40kHz. Ia menyokong codec Bluetooth LHDC 5.0, pensijilan Hi-Res Audio dan OPPO Alive Audio untuk kesan bunyi spatial.

Menariknya, OPPO Enco X3iTeknologi Golden Hearing 2.0 menawarkan penyesuaian kualiti bunyi manakala pengurangan hingar aktif sehingga 49dB. Sambungan Bluetooth 5.3 membolehkan kependaman rendah 94ms sesuai untuk permainan dan sokongan dwi-peranti.

Hayat bateri boleh bertahan sehingga 44 jam dengan kotak pengecasan dan pengecasan 10 minit memberikan sehingga 7 jam main balik. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Enco X3i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version