Site icon TechNave BM

OPPO F19s dapat pengiktirafan Bluetooth, mungkin dilengkapi Snapdragon 662

OPPO telah memperkanalkan siri telefon pintar kelas permulaan OPPO F19 pada bulan April lalu dan kini mereka mungkin akan memperkenalkan varian baru pula iaitu OPPO F19s.

Telefon tersebut telah pun mendapat pengiktirafan Bluetooth Special Interest Group (SIG) baru-baru ini dengan nombor model CPH2223, di mana ia bakal menyokong hubungan Bluetooth 5.0.

Spesifikasi yang telah dikhabarkan untuk OPPO F19s adalah cipset Snapdragon 662, skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.43 inci, RAM 6GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W dan perisian ColorOS 11.1 berdasarkan Android 11. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Ia mungkin akan dilancar di pasaran India dalam masa terdekat iaitu pada harga INR18,000 (~RM1,015). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO F19s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version