Site icon TechNave BM

OPPO F19s muncul di Geekbench, miliki SD662 dan RAM 6GB

Minggu lalu, OPPO F19s telah didedahkan bahawa ianya sudah mendapat pengiktirafan Bluetooth. Namun, kali ini ia muncul di dalam penyenaraian Geekbench. OPPO F19s muncul di Geekbench menggunakan nombor model CPH2223 yang dikuasakan cipset Snapdragon 662 dan RAM 6GB.

OPPO F19s memperoleh 312 mata untuk teras-tunggal dan 1,352 mata untuk multi-teras. Penyenaraian tersebut juga mengesahkan bahawa ianya akan menggunakan paparan antara muka Color OS 11.1 beroperasi atas Android 11.

Menurut maklumat sebelum ini, OPPO F19s akan menggunakan paparan skrin AMOLED FHD+ 6.43 inci dan lubang (punch hole) untuk kamera swafoto 16MP. Berdasarkan imej janaan yang tertiris, ia tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan emas.

Telefon ini dijangka menawarkan kamera utama 48MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Baterinya dikhabarkan mempunyai kapasiti 5,000mAh dan mungkin menyokong pengecasan pantas 33W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO F19s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version