Site icon TechNave BM

OPPO Find N akan dilancar sebagai telefon lipat pertama daripada OPPO

OPPO Inno Day 2021 akan hadir dengan beberapa teknologi baharu pada 15 Disember ini. Terdapat beberapa khabar angin mengenai telefon lipat OPPO dan kini, syarikat itu telah mengeluarkan teaser melalui video di YouTube.

Tidak begitu banyak maklumat yang namun kami kami menjangka telefon pintar itu dipanggil OPPO Find N seperti khabar angin sebelum ini. Telefon lipat ini kelihatan agak pendek dan agak lebar berfungsi sama seperti siri Samsung Galaxy Fold.

Kami dapati butang kuasa dan bunyi masing-masing terletak pada hujung bingkai yang bertentangan, terdapat port USB-C dan mungkin terdapat kamera hadapan bawah paparan di bahagian luaran. Kami juga melihat satu lagi kamera di sudut kiri atas apabila ia dibentangkan.

Kami akan terus kongsikan maklumat mengenai OPPO Find N menjelang pada 15 Disember 2021 ini. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version