Site icon TechNave BM

OPPO Find N bakal dilancar, miliki engsel menegak Seiko pada 15 Disember ini

Peminat OPPO pasti teruja dengan pendedahan telefon lipat iaitu OPPO Find N yang akan dilancarkan pada 15 Disember 2021. Ia mempunyai beberapa ciri menarik dan salah satunya adalah berkaitan dengan engsel.

Jika dlihat dalam video teaser lain, OPPO mendedahkan bahawa ia menggunakan ‘engsel pseudo-menegak’ daripada Seiko dan bukannya engsel berbentuk U biasa. Engsel ini menawarkan jangka hayat lebih lama sehingga 200,000 lipatan. Ia juga didakwa tiga kali lebih mahal daripada engsel biasa pada $125 (~RM526).

Terdapat juga pendedahan bahawa telefon pintar itu akan hadir dengan paparan 7.1 inci dengan nisbah aspek 8.4:9 (orientasi landskap ialah 9.6:9), panel LTPO yang menyokong penyegaran semula 120Hz, menawarkan kecerahan puncak 800 nits dan sejumlah 8926 tahap kecerahan.

Oppo Find N akan hadir dalam warna hitam, putih dan perak serta dua varian iaitu 8/256 GB dan 12/512 GB. Ia mungkin menggunakan Snapdragon 888 dan ColorOS shell untuk mengoptimumkan fungsi lipatan.

Namun masih tiada berita tentang kehadiran OPPO Find N di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version