Site icon TechNave BM

OPPO Find N dilancar: Telefon lipat pertama oleh OPPO, dilengkapi skrin 7.1″ dengan bentuk petak

Dalam acara OPPO Inno Day 2021 pada hari ini, OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang pertama oleh mereka iaitu OPPO Find N. Telefon ini menampilkan saiz skrin AMOLED 120Hz yang lebih pendek berbanding telefon lipat lain, dengan nisbah aspek 18:9 untuk skrin hadapan dan 8.4:9 untuk skrin utama.

Skrin hadapan mempunyai saiz 5.49 inci manakala skrin utama pula berukuran 7.1 inci. Kedua-dua skrin mempunyai kamera swafoto dalam lubang punch hole, di mana skrin hadapan mempunyai kamera swafoto di bahagian atas tengah manakala pada skrin utama pula mempunyai kamera swafoto di bahagian atas kiri.

Untuk engsel pula, ia mempunyai mod FlexForm yang membenarkannya untuk dilipat separa di antara 50 hingga 120 darjah. OPPO menjamin bahawa engsel tersebut boleh dilipat sekurang-kurangnya sebanyak 200,000 kali untuk ketahanan yang lama.

Selain itu, mekanimse engsel ini juga tidak melipatkan skrin secara penuh. Sebaliknya, ia menghasilkan lipatan berbentuk titisan air dan membuatkan kesan lipatannya tidak kelihatan dengan jelas.

Daripada segi pilihan warna, ia akan ditawarkan dalam warna hitam, putih dan ungu. Untuk perisiannya pula, ia menyokong fungsi multi-tugas yang boleh dipisahkan mengikut pertengahan skrin.

Mekanisme lipatan OPPO Find N

Spesifikasinya terdiri daripada komponen tercanggih seperti cipset Snapdragon 888, RAM 8GB atau 12GB, storan 256GB atau 512GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 33W. Untuk modul kamera pula, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 16MP dan kamera telefoto 13MP.

OPPO Find N akan dijual di China pada harga bermula CNY2799 (~RM5,120) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda masih berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version