Site icon TechNave BM

OPPO Find N G5: Telefon OPPO pertama yang boleh lipat bakal dilancar

OPPO dijangka akan menjadi salah satu syarikat yang bakal melancarkan telefon pintar boleh lipat tidak lama lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, OPPO sedang membangunkan peranti boleh lipat yang mungkin dinamakan OPPO Find N 5G.

Halaman Weibo turut membawa rujukan kepada siri telefon OPPO N dan foto OPPO N3. Barisan ini membawa kamera utama pusingan bermotor supaya ia boleh bertindak sebagai sebagai kamera swafoto dan juga kamera utama. OPPO Find N 5G mungkin dilengkapi dengan sensor Sony IMX766 50 MP untuk kamera swafotonya.

Khabar angin mengatakan OPPO Find N 5G juga akan membawa paparan kecil pada bahagian luarnya. Ini mungkin bermakna ia akan membawa spesifikasi andalan. Sumber lain pula mendakwa bahawa telefon boleh lipat OPPO akan mempunyai paparan OLED 7.8 hingga 8 inci. Ia akan mempunyai resolusi 2K dan kadar penyegaran semula 120 Hz. 

Dengan maklumat dengan maklumat yang diperoleh, kami tidak sabar menunggu pelancarannya. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version