Site icon TechNave BM

OPPO Find N muncul di Geekbench, video acah dedahkan reka bentuk

Awal hari ini OPPO secara rasmi mengesahkan tarikh pelancaran telefon boleh lipat Find N-nya dan memberikan butiran penuh pada 15 Disember. Namun beberapa maklumat menarik muncul lebih awal melalui video pengacah dan ujian penanda aras yang bocor.

Video itu hampir mendedahkan reka bentuk sepenuhnya yang seakan-akan Samsung Galaxy Z Fold3 kecuali tiada jurang yang kelihatan antara panel apabila ditutup.

Penyenaraian di Geekbench memberitahu lebih lanjut tentang spesifiasi dalamannya. Telefon ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 888 berdasarkan prestasi dan konfigurasi teras. Jumlah RAM ialah 12GB tetapi mungkin terdapat varian memori lain semasa pelancaran.

Penyenaraian itu juga mendedahkan bahawa telefon ini beroperasi menggunakan Android 11. Diharapkan kemas kini kepada Android 12 akan dilepaskan dengan cepat selepas pelancarannya di dalam pasaran.

Kami akan terus kongsikan maklumat mengenai OPPO Find N. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version