Site icon TechNave BM

OPPO Find N2 Flip dilancar di Malaysia: Dimensity 9000+, skrin penutup 3.26″ berharga RM3,999

Selepas beberapa ketika di dalam arena pembuatan telefon lipat, OPPO membuktikan dirinya sebagai salah sebuah syarikat yang mampu menghasilkan telefon lipat terbaik dengan pelancaran OPPO Find N2 Flip. Ianya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan tersedia untuk tempahan bermula 2 hingga 10 Mac ini.

Peranti ini menampilkan skrin penutup 3.26 inci yang merupakan terbesar dalam segmen telefon boleh lipat yang ada di pasaran sekarang. Skrin utama menggunakan paparan AMOLED 6.8 inci dengan resolusi 2520 x 1080 dan kadar segar semula 120Hz. Find N2 Flip dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000+, RAM 8GB dengan storan 256GB.

Baterinya berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Terdapat kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890 bersama ultra lebar Sony IMX355 8MP. Pada skrin bahagian terdapat kamera swafoto 32MP. Ia menjalankan perisian ColorOS 13 berdasarkan Android 13.

OPPO mengesahkan bahawa peranti ini akan mendapat kemas kini selama empat tahun serta peningkatan keselamatan selama lima tahun. OPPO Find N2 Flip berharga RM3,999 dan kepada yang berminat, anda boleh menempah peranti ini bermula hari ini iaitu 2 Mac sehingga 10 Mac 2023. Pelanggan yang membuat tempahan layak mendapat hadiah eksklusif bernilai RM637 termasuk:
• Waranti lanjutan satu tahun bernilai RM259
• OPPO Enco Air3 bernilai RM249
• Sarung telefon OPPO Find N2 Flip bernilai RM129

Spesifikasi lengkap OPPO Find N2 Flip:

Selain daripada hadiah percuma, pelanggan kini boleh mendapat potongan 50% Pelan Perlindungan Skrin Penjagaan OPPO pada RM299 (harga asal RM599) yang menyediakan penggantian skrin percuma sekali apabila skrin OPPO Find N2 Flip rosak akibat terjatuh secara tidak sengaja , kemalangan atau perlanggaran.

Bukan itu sahaja, untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa, pelanggan yang membuat tempahan OPPO Find N2 Flip dari 2 hingga 5 Mac 2023 di kedai jenama OPPO terpilih dan kedai dalam talian rasmi OPPO akan layak menerima hadiah misteri tambahan serta menerima telefon tiga hari lebih awal daripada pengguna Malaysia iaitu pada 8 Mac.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version