Site icon TechNave BM

OPPO Find N2 Flip tarik perhatian rakyat Malaysia, habis dijual pada hari jualan pertama

OPPO Find N2 Flip yang baru dilancarkan menarik perhatian rakyat Malaysia menampilkan reka bentuk inovatif, bateri yang besar dan fotografi untuk kegunaan harian.

Semasa Find N2 Flip Pop UP Experience Store yang berlangsung di Pavilion KL antara 6 dan 12 Mac 2023, orang ramai dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti pertandingan Flip-a-Pose di mana tiga rakyat Malaysia memenangi OPPO Find N2 Flip manakala 30 yang lain membawa pulang OPPO Enco Air3 Wireless Earbuds .

Agak mengagumkan apabila seorang pelanggan telah tiba sebelum waktu subuh dan duduk di kerusi lipatnya di hadapan kedai OPPO di Kuala Lumpur untuk mengejutkan isterinya dengan OPPO Find N2 Flip. Di Kuantan pula terdapat pasangan pesara membeli sebuah unit kerana mereka merasakan ia akan menjadi teman yang sesuai untuk perjalanan mereka. 

Selain itu, seorang pengguna di Melaka menganggap Find N2 Flip sebagai peluang ideal untuk memberi hadiah kepada dirinya sendiri daripada hasil titik peluhnya. Telefon pintar lipat ini turut habis dijual di 17 kedai jenama OPPO.

Jika dibandingkan dengan OPPO Find X5 Pro, Find N2 Flip yang baru dilancarkan menjual 192% lebih banyak unit pada hari jualan pertama. Ini dilihat antara hari pelancaran dan jualan di mana Find N2 Flip telah mencatatkan peningkatan dramatik 850% dalam penglibatan media sosial dan peningkatan 228% dalam Carian Google.

OPPO Malaysia mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan padu mereka. OPPO akan sentiasa berusaha untuk terus menangani masalah utama ramai pengguna telefon pintar dengan melebihi jangkaan mereka dengan penyelesaian baharu yang inovatif.

OPPO Find N2 Flip hadir dalam warna Astral Black dan Moonlit Purple pada harga RM3,999. Anda boleh dapatkan OPPO Find N2 Flip di My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan kongsi telko, rakan kongsi E-comm dan rakan kongsi Chain-store. Ketahui lebih lanjut mengeai peranti ini di laman web rasmi OPPO.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version