Site icon TechNave BM

OPPO Find N2 mungkin akan dilancar pada bulan Disember 2022

Pada hujung tahun lalu, OPPO memperkenalkan telefon lipatnya yang pertama iaitu OPPO Find N dan ia menampilkan ciri-ciri yang agak unik untuk sebuah telefon lipat. Kini, OPPO dijangka akan melancarkan penyambungnya, OPPO Find N2, pada bulan Disember 2022.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, OPPO Find N2 bakal dilancar pada bulan ini bersama beberapa produk lain seperti OPPO Reno9.

Buat masa ini, reka bentuk OPPO Find N2 masih belum diketahui namun beberapa tangkapan skrin (screenshot) daripadanya telah tertiris. Berdasarkan tangkapan skrin tersebut, telefon lipat ini dijangka akan dilengkapi sistem operasi ColourOS 13, skrin 120Hz, RAM 12GB, storan dalaman 256GB dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Kenyataan daripada Digital Chat Station dalam Weibo

Selain itu, Find N2 juga dijangka akan mempunyai cip pengimejan MariSilicon X NPU yang mula diperkenalkan dalam OPPO Find X5 Pro sebelum ini. Ini bermaksud kameranya bakal menawarkan pelbagai fungsi unik seperti AI noise reduction dan 4K Ultra Night Video.

Pada tahun lalu, OPPO Find N mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana reka bentuknya yang lebih seimbang dan tidak lonjong seperti kebanyakan telefon lipat lain. Malangnya, ia hanya dijual di China sahaja dan tidak dijual secara rasmi dalam pasaran antarabangsa.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechGoing

Exit mobile version