Site icon TechNave BM

OPPO Find N3 Flip diperakui 3C, dedahkan sokongan pengecasan 67W

OPPO Find N3 dikatakan akan membawa beberapa peningkatan termasuk pengecasan wayarles. Kini, ia mungkin hadir dengan pengecasan pantas berwayar 100W yang lebih tinggi berbanding model pendahulunya pada 67W.

OPPO Find N3 Flip diperakui oleh 3C untuk dijual di China dengan nombor model PHT110. Pensijilan ini mendedahkan bahawa Find N3 Flip menyokong pengecasan berwayar 67W membawa peningkatan berbanding Find N2 Flip 44W.

Pada bulan Jun, paparan Find N3 Flip menunjukkan kepada kami reka bentuk yang hampir sama dengan pendahulunya termasuk skrin luar yang kelihatan sama. Ia mempunyai paparan penutup yang lebih kecil jika dibandingkan dengan Samsung dan Motorola.

Satu perkara yang akan menjadi sangat berbeza pada Find N3 Flip ialah penambahan kamera ketiganya. Menurut sumber, Find N3 Flip akan berkongsi semua kameranya dengan OPPO Reno10 Pro yang dilancarkan baru-baru ini. Jadi, ini bermakna kamera utama menggunakan sensor Sony IMX890 50MP dengan OIS, ultra lebar 8MP dan zoom optikal x2 32 MP yang merupakan kamera tambahan berbanding N2 Flip.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version