Site icon TechNave BM

OPPO Find X2 muncul seketika di kedai dalam talian dan spesifikasinya didedahkan

OPPO Find X2 yang sepatutnya dilancarkan pada 22 Februari kini terpaksa ditunda kerana pembatalan MWC. Walau bagaimanapun, butiran mengenai telefon itu mungkin telah sudah terlepas kepada orang awam selepas sebuah pihak penjual telefon di Vietnam memuat naik spesifikasi OPPO Find X2 buat sementara.

Daripada spesifikasi itu, telefon itu dilengkapi skrin AMOLED 6.5 inci dengan Gorilla Glass 6 di atasnya. Berdasarkan laporan sebelum ini, skrin itu sepatutnya akan mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Kamera selfienya akan mempunyai sensor 32MP manakala kamera di belakang pula terdiri daripada kamera utama 48MP serta dua kamera 13MP dan 8MP yang masih tidak dipastikan peranannya. Kamera utama mampu merakam video 4K pada kadar 30fps, 1080p pada kadar 240fps dan 720p pada kadar 960fps.

Baterinya pula berkapasiti 4,065mAh tetapi butiran tentang pengecasannya tidak disenaraikan. Ia dijangkakan akan mempunyai pengecasan wayarles 30W dan Super VOOC 2.0 65W. Daripada segi unlock, hanya pengimbasan 3D muka yang disenaraikan, tiada butiran mengenai pengimbas cap jari.

OPPO sudah pun mengesahkan bahawa ia akan dioperasi oleh cipset Snapdragon 865. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version