Site icon TechNave BM

OPPO Find X2 Pro dilancarkan: Skrin mantap 120Hz, tiga kamera dwi-48MP, Snapdragon 865 dengan harga bermula ~RM4,717

OPPO telah melancarkan telefon pintar flagship terbarunya, siri OPPO Find X2! OPPO Find X2 Pro semestinya memiliki spesifikasi yang tertinggi dengan kadar segar semula skrin 120Hz, kombinasi dwi-48MP tiga kamera, Snapdragon 865, sambungan wayarles 5G dan pengecas pantas Super VOOC 65W. Untuk pengetahuan anda, harga rasmi siri OPPO Find X2 ini bakal diumumkan pada hari pelancarannya di Malaysia, 10 Mac 2020.

Apa pun, anda boleh membuat pra tempahan siri OPPO Find X2 bermula pada hari ini, 6 Mac hanya dengan membayar RM300 melalui laman web rasmi OPPO. Anda kemudian boleh mengambil peranti anda di roadshow yang bakal dilangsungkan atau di mana-mana kedai sah OPPO.

OPPO juga akan menganjurkan dua buah roadshow di Pavillion, Kuala Lumpur. Roadshow pertama akan berlangsung pada 14 Mac, manakala yang kedua pula pada 21 Mac. OPPO akan menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM1,027 seperti Powerbank VOOC, penambahan setahun servis waranti dan waranti paparan tiga bulan dan headset wayarles OPPO Enco Free.

Berkenaan paparan OPPO Find X2 Pro yang dikatakan menjadi daya penarik peranti ini, ia merupakan paparan QHD+ 6.78 inci (resolusi 1440 x 3168) dengan kadar segar semula 120Hz yang pastinya menambah lagi kelancaran paparan. Untuk pengetahuan anda, paparan peranti turut dilengkapi skrin warna 10-bit, memberikan 1,000,000,000 warna, sekaligus memberi pengalaman tontonan yang memuaskan mata.

Apa yang uniknya, kamera peranti ini adalah gabungan dwi-48MP! Bukan itu sahaja, spesifikasi dan ciri teknologi kamera seperti Ultra Mod Malam 3.0 yang dinyatakan di bawah mampu memantapkan kualiti rakaman dan gambar anda. Berkenaan prestasinya, kami menjangkakan ia bakal menjadi salah satu flagship baik pada tahun ini dengan cipset SD 865 dan pengecasan pantas yang agak hebat (SuperVOOC 65W).

Spesifikasi dan ciri teknologi OPPO Find X2 Pro:

Spesifikasi dan ciri teknologi OPPO Find X2

Nantikan harga rasmi pada 10 Mac ini melalui liputan berita kami! Apa pun, untuk anggaran harga, Find X2 dilaporkan hadir dengan harga 999 Euros (~RM4,717) dan Find X2 Pro dengan harga 1,199 Euros (~RM5,662). Adakah anda berminat untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version