Site icon TechNave BM

OPPO Find X2 tidak dilengkapi kamera bawah skrin

Dalam laporan sebelum ini, kami sudah menulis tentang OPPO Find X2 yang akan dilancarkan pada tahun ini seperti yang telah disahkan oleh CEO dan Naib Presiden OPPO.

Nampaknya Naib Presiden OPPO, Brian Shen, telah memberi sedikit lagi butiran mengenai peranti itu di dalam media sosial Weibo. Menurut beliau, Find X2 tidak akan dilengkapi dengan teknologi kamera selfie di bawah skrin.

Beliau turut menjelaskan bahawa peranti itu akan mula dihasilkan secara besar-besaran. Dengan itu, peluang untuk teknologi itu dimasukkan ke dalam telefon itu adalah amat tipis.

Ini mungkin akan mengecewakan para peminat OPPO kerana sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan teknologi kamera di bawah skrin akan disertakan dalam pengganti Find X selepas OPPO memperkenalkan teknologi itu dalam Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Shanghai pada tahun lepas.

Adakah Find X2 berada dalam radar anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita-berita terkini tentang Find X2 dan pelbagai telefon pintar lain.

Sumber: Lowyat | Weibo

Exit mobile version