Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 2021 bakal menyokong warna 10-bit hujung-ke hujung

Pada hari ini, OPPO telah memperkenalkan sistem “Full-Path Color Management System” untuk telefon flagship mereka tahun hadapan, bermula dengan OPPO Find X3. Sistem ini membolehkan peranti ini untuk menyimpan, menangkap dan memapar fail HEIF dengan sokongan warna 10-bit serta gamut warna DCI-P3.

Sistem sokongan hujung-ke-hujung ini membolehkan Find X3 untuk menangkap gambar dengan pilihan warna yang lebih luas dan memaparkan semula warna tersebut pada panel telefon itu. Walaupun perisian Android sudah menyokong sistem ini sejak tahun 2019, OPPO bakal menjadi telefon Android pertama yang menyempurnakan pusingan gamut warna 10-bit dari tangkapan ke paparan.

Selain itu, OPPO juga menyatakan bahawa OPPO Find X3 ini bakal menyokong HDR bertindih digital yang dapat menangkap gambar dengan pendedahan berbeza untuk pengekstrakan warna yang lebih luas.

Pengenalan teknologi dari OPPO ini sememangnya adalah satu langkah yang baik kerana ia bakal menggalakkan lebih banyak syarikat lain untuk berbuat demikian.

Adakah anda teruja dengan pengenalan teknologi dari OPPO ini? Komen pendapat anda di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Android Authority

Exit mobile version