Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 dikesan dalam AnTuTu dengan markah lebih 770,000, mungkin dilengkapi Snapdragon 888

Butiran untuk telefon pintar andalan OPPO Find X3 kini mungkin telah muncul dalam perkhidmatan penanda aras AnTuTu, di mana ia mencatatkan markah yang sangat tinggi sebanyak 771,491. Ini membuatkan telefon tersebut dipercayai bakal dilengkapi cipset Snapdragon 888.

Selain daripada markah AnTuTu, sumber tidak menyatakan spesifikasi penuh untuk OPPO Find X3. Untuk makluman, telefon Android yang mendapat markah tertinggi dalam AnTuTu setakat ini adalah HUAWEI Mate 40 Pro iaitu sebanyak 661,059 mata.

Find X3 dijangka akan dilengkapi skrin QHD+ 6.7 inci 120Hz, RAM 12GB, kamera 50MP dengan sensor Sony IMX766 dan kamera telefoto 13MP. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version