Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870

Siri telefon pintar andalan (flagship) OPPO Find X3 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, berdasarkan perkhidmatan penanda aras (benchmark) AnTuTu dan AIDA64. Ini adalah agak berlainan untuk siri OPPO Find kerana ia biasanya dilengkapi cipset-cipset tercanggih dalam tahun-tahun sebelum ini.

Daripada keputusan kedua-dua penanda aras tersebut, telefon yang mempunyai nombor model PEDM00 itu mempunyai cipset dengan nama kod “kona” yang biasanya menunjukkan kepada Snapdragon 865, namun kita boleh andaikan bahawa ia adalah Snapdragon 870 memandangkan kedua-dua cipset berkongsi seni bina teras (core architecture) yang serupa.

Telefon itu akan didampingi RAM 8GB, storan dalaman 256GB, skrin dengan resolusi 1080×2412 dan perisian ColorOS 11.2 berdasarkan Android 11. Find X3 dikhabarkan akan terdapat dalam tiga varian utama iaitu Find X3 Pro, Find X3 Neo dan Find X3 Lite serta dilancar pada bulan Mac. Sebelum ini, rupa telefon itu juga tertiris, menunjukkan bonggol kamera yang agak unik.

Beritahu pendapat anda tentang cipset ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version