Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 Pro 5G rasmi di Malaysia: Snapdragon 888, 2 sensor Sony 50MP berharga RM4,299

Terkini, OPPO Find X3 Pro 5G dan OPPO Enco X akhirnya telah diumum di pasaran Malaysia. Telefon pintar andalan ini ditawarkan pada harga RM4,299 dengan penawaran spesifikasi mantap seperti sensor Sony IMX766 50MP pada kamera utamanya, manalan OPPO Enco X ditawarkan pada harga RM699.

Terdahulu, ia telah dilancarkan pada peringkat global. Selain janaan cipset Snapdragon 888, peranti baru ini turut hadir dengan spesifikasi kamera mantap, cas pantas 65W SuperVOOC 2.0, skrin AMOLED 120Hz dan rating IP68. Anda boleh menyemak spesifikasi OPPO Find X3 Pro 5G seperti di bawah.

OPPO Enco X

OPPO Malaysia turut mengumumkan OPPO Enco X di pasaran tempatan. Fon telinga ini ditala oleh Dynaudio Master, dilengkapi sistem bunyi DBEE 3.0 dan menyokong dwi-pengurangan hingar. Selain itu, ia turut memiliki dua mikrofon dengan pengurangan hingar dua teras, Bluetooth 5.2 dan latensi serendah 47ms.

OPPO Enco X dikatakan mampu bertahan hingga 25 jam dengan mod pembatalan hingar aktif dimatikan, dan 20 jam dengan mod pembatalan hingar aktif dihidupkan.

Pra-tempahan OPPO Enco X yang bernilai RM699 boleh dilakukan di OPPO Brand Store, kedai OPPO dalam talian, platform e-dagang (Lazada dan Shopee) dan Senheng. Setiap pra-tempahan layak mendapat OPPO Band percuma bernilai RM159 (sementara stok masih ada).

OPPO Find X3 Pro boleh mula dipra-tempah hari ini (25 Mac hingga 8 April 2021). Melalui pra-tempahan dalam tempoh ini, anda layak membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,395 seperti OPPO Enco X, Wireless Charger, Kevlar Phone Case, jaminan tambahan 1 tahun, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun dan perkhidmatan cloud HeyTap 1 tahun bersama storan percuma 1TB.

Pra-tempah boleh dibuat melalui MY OPPO Space dan OPPO Brand Store terpilih, OPPO Online Store, rakan kongsi telko dan rakan e-dagang yang sah.

Adakah anda berminat dengan mana-mana produk dari OPPO ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version