Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 Pro dilancar: Snapdragon 888, 2 sensor Sony 50MP, AMOLED 120Hz bermula ~RM5,647

OPPO yang terkenal dengan peranti kelas pertengahan premium turut mengeluarkan peranti kelas andalan. Terkini, OPPO telah mengumumkan siri peranti andalan terbaru, OPPO Find X3 Pro 5G yang bukan sahaja menawarkan prestasi cipset Snapdragon 888, tetapi juga spesifikasi kamera yang baik.

Selain janaan cipset Snapdragon 888, peranti baru ini turut hadir dengan spesifikasi kamera mantap seperti 2 sensor Sony IMX766 50MP, cas pantas 65W SuperVOOC 2.0, skrin AMOLED 120Hz dan rating IP68. Anda boleh menyemak spesifikasi OPPO Find X3 Pro 5G seperti di bawah.

OPPO Find X3 Pro 5G

Selain reka bentuk menariknya yang disifatkan sebagai futuristik, ia juga mempunyai spesifikasi paparan dengan teknologi 10-bit Full-path Colour Engine yang menyokong foto atau rakaman 10-bit dan menyokong format 10-bit RAW+ untuk fotografi profesional.

OPPO Find X3 Pro 5G bakal mula tiba di pasaran pada 30 Mac 2021. Setakat ini, OPPO masih belum mengumumkan harga rasmi di pasaran Malaysia. Sebagai rujukan, harga untuk pasaran global adalah 1149 Euro (~RM5,647)

Adakah anda berminat dengan peranti andalan dari OPPO ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version