Site icon TechNave BM

OPPO Find X3 Pro kembali muncul dengan penghasilan tekstur kulit

Pada bulan Mac lalu, siri OPPO Find X3 membawa reka bentuk yang luar biasa. Kini, satu laporan mengatakan OPPO sedang merancang edisi khas untuk Find X3 Pro di mana gambarnya kini telah muncul dalam talian.

OPPO telah menggunakan kemasan dwi-tekstur, di mana satu pertiga bahagian belakang telefon ditutupi logam sementara dua pertiga bahagian bawah mempunyai kemasan kulit. Penghasilan yang berbeza dan spesifikasi selebihnya tidak akan berubah. Berdasarkan pendedahan, edisi khas ini merupakan kerjasama antara OPPO dan Kodak bagi memberi penghormatan kepada kamera Kodak klasik.

Find X3 Pro dilengkapi skrin QHD + LTPO AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Telefon ini menggunakan pemproses Snapdragon 888 dan mempunyai RAM hingga 16GB dan storan 512GB yang tidak boleh dibesarkan.

Terdapat dua kamera utama iaitu kamera 50MP f/1.8 dan kamera sudut ultra lebar 50MP f/2/.2. Kedua-dua kamera mempunyai PDAF Omnidirectional namun hanya kamera utama mempunyai penstabilan OIS. Dua kamera belakang adalah kamera telefoto 13MP dengan zum optik 2x dan kamera mikroskopik 3MP dengan pembesaran 60x manakala untuk kamera hadapan, ia dilengkapi dengan sensor 32MP.

Find X3 Pro turut dilengkapi dengan bateri 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas berkabel 65W, pengecasan pantas tanpa wayar 30W, dan pengecasan tanpa wayar terbalik 10W. Ia mempunyai peringkat IP68, NFC, Bluetooth 5.2, pembesar suara stereo, dan pengimbas cap jari dalam paparan.

Tarikh pelancaran versi khas Find X3 Pro ini masih belum dikenalpasti kerana OPPO tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version